Tuesday, September 9, 2008

1001 Khasiat Pegaga


pegaga-11.jpg

Pegaga telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai herba menjana kecerdasan berfikir dan bersifat sejuk dan penenang. Ianya diakui antara 20 herba ubatan terbaik dunia. Kajian di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, pegaga atau nama saintifiknya Centella Asiantica, diperakui WHO kerana kaya dengan pelbagai ramuan ubatan.

Bangsa Cina mengenalinya sebagai Ching Chow Sui sementara bangsa India menamakannya Valeeri dan Gotru Kola. Di daalm buku Malaysia Medicinal Plants for The Treatment of Cardiovascular Diseases, kegunaan herba pegaga untuk penyakit kardiovaskular termasuk kesihatan jantung dan pembersihan darah

Perubatan Islam mengakui pegaga terbaik untuk kulit. Perubatan tradisional mengakui pegaga bersifat menyejukan badan dan kesihatan jantung.

Masyrakat Cina menggunakan pegaga untuk mengubati gangguan emosi seperti tekanan perasaan yang disebabkan oleh masalah fizikal dan sistem saraf.

Khasiat pegaga telah tercatat di dalam manuskrip Ayuverdic India sejak lebih 4,000 tahun dan Shennong Herbal di Cina sejak 2,000 tahun dahulu.

Di barat bangsa Inggeris menggunakan pegaga untuk menjana kecerdasan otak dan minda serta merawat masalah tidur.

Dr. Robert D Willix Jr dalam bukunya “Health And Longevity Newsletter” menggelarkan pegaga sebagai “herba ajaib” kerana ia membantu peredaran darah, darah rendah dan kesihatan kulit.

Ianya juga baik untuk pengidap kencing manis (diabetes) dan darah tinggi (hypertension).

Monday, September 8, 2008

Pokok Herba Misai Kucing

misai kucing -2

Kegunaan.

Darah Tinggi, Kencing Manis, Batu Karang, Melawas Kencing.

Kaedah.

Air rebusan keseluruhan pokok diminum.

Habitat.

Biasa didapati di kawasan hutan pamah dan pinggir hutan

Ciri-ciri Istimewa.

Bunganya berbentuk seperti misai kucing

Kaedah Pembiakan.

Keratan

Famili : Labiateae Nama saintifik : Ortosiphon staming

Nama tempatan : Misai Kucing

Misai Kucing Dan Batu Karang

Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga “Lamiaceae” yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada ‘verticil’ lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Pokok Misai Kucing

Tumbuhan herba tropika Orthosiphon aristatus atau Misai Kucing kebiasaannya ditanam di taman-taman atau halaman-halaman rumah sebagai pokok perhiasan kerana bunganya yang cantik. Walaupun tumbuhan Misai Kucing ini berasal dari Asia Tenggara dan Australia, namun kebaikannya dari segi perubatan kurang dihargai umum di rantau ini berbanding di lain-lain tempat dalam dunia.

Penjajah Belanda di Indonesia dahulu pernah mengambil herba ini sebagai minuman kesihatan untuk mencuci saluran darah dalam badan.

Menyakini akan khasiat dan kebaikannya, mereka telah membawa herba ini pulang ke Eropah. Hari ini, setelah lebih dari 200 tahun kemudiannya, ianya telah ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar herba di Holland, Jerman, Perancis dan England.

Kemasyhuran Misai Kucing ini adalah kerana kesan diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang). Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik.

Dalam perubatan tradisional tempatan, Misai Kucing digunakan untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot.

Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Maka, herba Misai Kucing diadunkan bersama Pegaga bagi melancarkan edaran darah, dan dengan Kunyit dan Halia pula untuk melawan radang.

Dukun-dukun dan sinseh juga biasa menggunakan herba Misai Kucing dalam adunan-adunan mereka bagi merawat kencing manis (diabetes) dan darah tinggi.

Sementara penyelidikan klinikal Misai Kucing dari segi keberkesanannya merawat kencing manis (diabetes) masih sedikit, Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah melakukan ujikaji-ujikaji saintifik akan keberkesanannya merawat darah tinggi.

Telah dipastikan, sebahagian unsur-unsur yang terdapat dalam daun Misai Kucing dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan dan juga bertindak sebagai ejen peluruh (diuretik).

Di Eropah, beberapa produk yang berasaskan Misai Kucing telah muncul di pasaran terutama kerana sifat-sifat diuretiknya yang selamat, dapat menyingkirkan toksid, membendung bendalir tubuh, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan berat badan dan untuk rawatan karang ginjal.

Misai Kucing adalah salah satu dari cuma beberapa jenis herba yang mendapat pengiktirafan kerajaan Jerman untuk kegunaan melawaskan pembuangan air kecil bagi mengelak terbentuknya karang ginjal…

Pokok Emas Cotek

Pokok Emas Cotek
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Rosales
Famili: Moraceae
Genus: Ficus
Spesies: F. deltoidea

Pokok Emas Cotek ataupun Mas Cotek merupakan sejenis pokok herba yang digunakan dalam bidang perubatan Melayu. Dalam perubatan Melayu pokok mas cotek ini dibahagikan kepada mas cotek jantan (berdaun kecil) dan betina (berdaun besar) .

Mas cotek atau dalam bahasa saintifiknya, Ficus deltoidea merupakan tumbuhan yang kini mula mendapat perhatian, khususnya di kalangan pengamal perubatan tradisional. Selain Tongkat AliKacip Fatimah, Mas cotek dikenali kerana khasiatnya yang dapat merawat pelbagai jenis penyakit dan baik untuk penjagaan kesihatan. dan

Nama Mas cotek adalah merupakan nama tempatan yang popular di pantai timur Semenanjung Malaysia. Di negeri Sabah dan Sarawak, juga Kepulauan Kalimantan, tumbuhan ini dikenali dengan nama ‘sempit-sempit’. Terdapat juga suku kaum di Sabah yang menggelarnya sebagai ‘agoluran’. Di Indonesia, tumbuhan ini dipanggil ‘tabat barito’ dan beberapa nama di daerah lain seperti ara jelatih, ara tunggal, api-api telinga gajah dan api-api telinga kera. Di Afrika pula, ianya dikenali sebagai ‘Kangkalibang’. Walaupun sedemikian, nama Mas cotek adalah merupakan nama yang paling popular dan dikenali jika dibandingkan dengan nama-nama tempatan yang lain.

Nama Mas cotek diberi disebabkan oleh bintik-bintik halus berwarna emas yang terdapat pada permukaan atas setiap helaian daun tumbuhan ini. Di Malaysia, para saintis telah mengenalpasti bahawa terdapat lebih daripada 80 spesis tumbuhan tergolong di dalam keluarga Ficus deltoidea. Tumbuhan yang dikenali sebagai ara juga merupakan salah satu spesis keluarga Ficus deltoidea. Ficus deltoidea Jack atau Mistleteo fig adalah di antara spesis yang diklasifikasikan secara saintifik dan ianya tergolong dalam keluarga Moraceae.

Senarai kandungan

Khasiat

Tumbuhan herba ini mampu merawat dan mengekalkan tahap kesihatan, termasuk meningkatkan tenaga, membaiki peredaran darah, mengecutkan rahim dan merawat paru–paru jantung serta cirit – birit. berair, darah tinggi, kencing manis, lemah


Kajian

Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.
Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.
Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.
Air Emas Cotek yang telah dibotolkan.

Kajian yang pernah dibuat oleh Universiti Malaya (UM) serta Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) tumbuhan ini mengandungi empat bahan aktif yang diperlukan badan manusia iaitu:

  1. Flavonoid
    • Anti-oksida yang kuat bagi membantu mengekalan peredaran darah yang sihat
    • Bertindak sebagai anti-radang dan anti-rival
  2. Tannis
    • Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (ciri-birit) dan melindungi tisu rosak seperti ekzema atau melecur
  3. Triterpenoids
    • Membantu membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu menyerap nutrient
  4. Phenols
    • Membantu mengurangkan serta menghilangkan bengkak dan bertindak sebagai antiseptik


Penyediaan herba

Hampir keseluruhan komponen pokok Mas Cotek daripada akar, batang, daun dan buah mengandungi khasiat perubatan yang tinggi. Jadi kesemua komponen bolehlah dikeringkan dan dijadikan / diamalkan dalam bentuk minuman teh herba.

Sunday, September 7, 2008

Pengalaman doktor berpuasa di Jerman


DR. Ahmad Shukri (kiri) bergambar bersama doktor dari negara lain, dua dari China, satu dari Amerika Latin dan dua dari Thailand.

Masyarakat Islam di Malaysia, amalan berpuasa sudah menjadi satu kebiasaan yang disambut dengan pelbagai cara, terutamanya memperbanyakkan ibadat. Namun, bagaimana pula dengan masyarakat Islam Malaysia di luar negara menunaikan kewajipan ini?

Tentu ramai ibu bapa dan saudara mara tertanya-tanya bagaimana keadaan orang tersayang melalui ibadah puasa di negara orang. Mengingatkan kembali `perangai’ kebanyakan ibu bapa negara ini, terlintas bagaimana beg-beg pelajar Malaysia sering `ditangkap’ penuh dengan pelbagai bekalan makanan tempatan, terutamanya jika mereka tidak dapat pulang menyambut perayaan di sini.

Berkongsi pengalaman
Untuk menyingkap situasi berpuasa di negara orang, Mingguan Malaysia berkongsi pengalaman Pakar Gastroenterologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Putrajaya, Datuk Dr. Ahmad Shukri Md. Salleh yang sedang menjalani kursus kepakaran Endoskopi Ultrasound (EUS) di Interdisziplinare Endoskopie, Universitatsklinikum Hamburg Eppendorf, Jerman.

“Saya dan beberapa rakan sekerja sedang menimba ilmu pengetahuan dan teknologi perubatan dari doktor pakar di sini yang telah lama mengendalikan prosedur EUS dan Advanced Endoskopi.

“Pakar di Jerman terkenal sebagai antara terbaik di dunia di samping hubungan baik mereka dengan doktor Malaysia, memudahkan urusan latihan dijalankan di universiti berkenaan,” katanya.

Walaupun kursus tersebut melangkau ke bulan Ramadan, Dr. Ahmad Shukri tetap nekad supaya tidak ketinggalan berikutan perkembangan pesat teknologi perubatan jauh berbeza berbanding lima atau 10 tahun lalu.

Tambahnya, peluang untuk meningkatkan pengetahuan diri serta mengembangkan teknologi melalui penyelidikan, persidangan atau latihan tertentu tidak sepatutnya dilepaskan, walaupun memerlukan sedikit pengorbanan.

Cabaran
Dr. Ahmad Shukri menceritakan bagaimana bahasa Jerman sukar dipelajari dan difahami sedangkan tidak ramai rakyat Jerman yang fasih bertutur dalam bahasa Inggeris.

“Tidak ramai keluarga Melayu di sini (Hamburg), menyebabkan wujud sedikit jurang komunikasi. Makanan di sini juga agak mahal dan kebanyakan makanan halal hanya boleh diperoleh dari kedai peniaga Turki, Arab dan Pakistan,” ujarnya.

Menurutnya, kebab kambing berharga tiga euro (RM16), air pepsi 1.20 euro (RM6) sebotol sementara harga makanan di restoran pula lebih mahal .

Namun, beliau memaklumkan wujudnya kedai masakan Melayu, Restoran Cita Rasa, yang diusahakan oleh Safian Ramzi atau di kenali sebagai Pak Cik Abdullah yang telah menetap di Jerman lebih dari 25 tahun. Di- sinilah tempat beliau melepaskan kerinduan masakan Malaysia.

Puasa perantauan
Seperti mana-mana warga Malaysia, rindu terhadap keluarga sentiasa menebal dan untuk mengubat rindu, Dr. Ahmad Shukri menggunakan kemudahan Internet untuk menatap wajah keluarga tercinta di Malaysia.

Dr. Ahmad Shukri teringat kembali betapa enaknya masakan ibu dan isteri ketika berpuasa di Malaysia, disediakan tanpa sebarang keluhan.

“Di sini perlu fikir di mana dan makanan apa untuk berbuka. Ini pengalaman ketiga berpuasa di perantauan selain tahun 1998 dan 1999 ketika menjalani kursus Gastroenterologi di England.

“Puasa di England lebih mudah kerana ramai rakyat Malaysia dan juadah tradisional negara lebih mudah diperoleh,” jelasnya.

Dr. Ahmad Shukri sebelum ini mendapat dorongan untuk mengikuti kursus berkenaan hasil galakan Pakar Perunding Gastroeterologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Profesor Madya Dr. Salem Omar.

“Kakitangan hospital tahu mengenai tanggungjawab umat Islam berpuasa dari Dr. Salem yang pernah berada di universiti ini selama empat tahun sebelum ini. Dr. Salem juga banyak berkongsi maklumat mengenai Islam, masakan tradisional dan negara kita bersama kakitangan di sini,” ujarnya.

Beliau menjelaskan antara cabaran berpuasa di Jerman adalah masa puasa lebih panjang, dengan waktu subuh pada pukul 4.30 pagi dan maghrib pada pukul 8.15 malam.

Dr. Ahmad Shukri bersahur di rumah dan berbuka di rumah rakan atau masjid berhampiran, antara 100 masjid yang berdiri tegak di Hamburg.

“Berbekalkan rempah siap dibungkus dan ditambah ayam, masakan ringkas dan mudah disediakan di rumah.

“Di Hamburg, majlis berbuka turut diadakan di surau Terminal 1, Lapangan Terbang Hamburg setiap hari, konsulat Indonesia pada hari Jumaat dan Sabtu dan di Universiti Hamburg pada hari Rabu ,” katanya.

Menurut beliau, terdapat empat juta orang Islam di Jerman, kebanyakannya berbangsa Turki. Di Hamburg, hanya terdapat kira-kira 50 orang rakyat Malaysia, antaranya sembilan orang pelajar. Solat tarawih pula mengikut bangsa ahli masjid, lapan rakaat di masjid Arab dan 20 rakaat di masjid Turki, dengan tazkirah selepas setiap empat rakaat.

“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Malaysia negara tercinta dan bertuah rakyatnya. Walaupun dari luar, negara lain tampak lebih menyeronokkan, namun keistimewaan negara kita sendiri jauh mengatasinya,” tegasnya.

Beliau menyatakan negara kita kaya dengan pelbagai pilihan makanan, tempat menarik serta kos hidup yang jauh lebih rendah.

“Berbanding dengan rakyat dari negara lain, kebanyakan rakyat negara kita di perantauan, lambat-laun akan kembali juga ke Malaysia, negara tercinta,” katanya.

Ini menunjukkan Malaysia mempunyai kelebihan dan pautan yang senantiasa menarik rakyatnya untuk pulang ke tanah tumpah darah.

Mencegah Lebih Baik Dari Mengubati


Makanan adalah bahan asas untuk kehidupan dan kesihatan, namun begitu makanan juga punca kita mendapat penyakit. Kalau kita mempunyai tabiat makan yang buruk, kita sengaja mengundang penyakit.

Di zaman moden ini kita menghadapi cabaran kesihatan yang agak berat, susah untuk kita menjauhkan diri dari memakan makanan segera yang boleh membahayakan kesihatan kita. Makanan tersebut mengandungi bahan pengawet yang boleh menyebabkan penyakit seperti kanser. Kita juga selalu
makan di restoran makanan segera. Minyak yang digunakan untuk mengoreng diguna berulang-ulang kali, amalan ini sangat tidak baik untuk kesihatan.

Kita juga memakan daging dan ayam yang disuntik dengan hormon dan antibiotik. Hormon dan antibiotik ini akan berpindah ke badan kita. Bagaimana dengan sayur-sayuran dan buah-buahan? Buah-buahan dipetik sebelum masak dan dirawat menggunakan gas dan radiasi. Sayuran-sayuran disembur dengan racun serangga. Bahan-bahan kimia ini tidak akan hilang walau pun kita membasuh buah-buahan dan sayur-sayuran yang kita makan. Ini semua membahayakan kesihatan. Tidak hairanlah kalau di zaman ini ramai orang yang mengidap kanser dan lain-lain penyakit kronik.

Bagimana pula dengan air yang kita minum? Adakah ia benar-benar bersih? Kalau anda mengambil air dari paip air di dapur anda dan mengujinya, anda mungkin tidak sanggup meminumnya.

Untuk menjaga kesihatan, kita seharusnya menjauhkan diri dari perkara yang dinyatakan di atas. Kurangkan memakan makanan segera, makan daging atau ayam kampung, makan sayur-sayuran hidrofonik dan buah-buah tempatan seperti manggis, rambutan dsb (yang bebas dari gas & radiasi).

Menurut pakar pemakanan bertauliah, untuk perlindungan dari penyakit, kita perlu mengambil makanan kesihatan atau suplemen seperti vitamin, mineral, serat dan asid amino. Vitamin A, C dan E kaya dengan antioksidan yang mampu menghapuskan "radikal bebas", ia-itu molekul tidak stabil yang terhasil dari proses dalam badan kita. Dalam tubuh kita terdapat beribu billion molekul yang membentuk sel, sel membentuk tisu, tisu membentuk organ. "Radikal bebas" merosakkan molekul, dan seterusnya sel akan rosak (termasuk sel sitem imun), selepas itu tisu dan lama kelamaan akan merosakkan organ kita.

Cegahlah penyakit sebelum terlambat.