Thursday, November 6, 2008

Sejauh Mana Makanan Mencegah Penyakit

Pengambilan tomato dalam diet harian dikatakan baik untuk mengelak barah.
BETULKAH tomato membantu mengelak barah, bawang putih dapat mencegah AIDS atau minum banyak jus buah- buahan menjauhkan diri daripada Nyanyuk atau Alzheimer?
Meskipun sudah banyak kajian dijalankan, kesan makanan ke atas penyakit-penyakit yang membawa maut masih belum mampu dibuktikan secara total.
Begitupun, ahli sains percaya bahawa kualiti amalan pemakanan atau diet yang seimbang adalah kunci kepada kesihatan yang baik.
Malah, kerajaan di kebanyakan negara di dunia kerap menggesa rakyatnya untuk mengamalkan corak pemakanan seimbang iaitu - Lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran dan Tiga bahagian produk susu dan karbohidrat, manakala lemak, gula dan minuman keras dikurangkan.
Para pakar percaya, apa yang kita makan dapat membantu mengelakkan penyakit seperti Diabetes, Hypercholesterolaemia (yang membawa kepada penyakit jantung) dan Osteoporosis.
Bagaimanapun, para penyelidik masih bercanggah pendapat terhadap hubungan secara langsung antara khasiat makanan dengan penyakit- penyakit seperti barah, AIDS atau penyakit yang berkaitan kemerosotan fungsi saraf (neurodegenerative).
Antara beribu-ribu kajian, satu kajian dilakukan oleh pakar-pakar di Eropah telah menyimpulkan bahawa mengambil serat buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin dapat mengurangkan risiko barah usus.
Buah-buahan juga dipercayai dapat melindungi diri daripada jangkitan kanser paru-paru dan prostat. Kajian para pakar Eropah juga menyarankan pengambilan Lima cawan teh hijau sehari. Teh hijau dipercayai kaya dengan catechin - bahan polyphenolic anti-oksidan daripada tumbuh-tumbuhan.
Lemak industri atau lemak yang terhasil melalui proses industri, sememangnya diketahui memberi kesan kepada sistem kardiovaskular dan meningkatkan dua kali ganda barah payu dara, sedangkan kacang soya dapat mengurangkan risikonya sebanyak tiga kali ganda.
Bagaimanapun, kacang soya yang kaya dengan anti-oksidan dan membantu sel hidup, boleh meningkatkan risiko ketidaksuburan.
Lycopene, iaitu pigmen merah terang bersifat anti-oksidan yang ada di dalam tomato dan buah-buahan merah lain, juga didapati oleh sebilangan penyelidikan mampu mengurangkan risiko barah, tetapi Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat (FDA) menyatakan tidak ada bukti kukuh mengenai dakwaan itu.
Begitupun, alzheimer atau nyanyuk dapat dikurangkan dengan pengambilan pomegranate atau buah delima.
Sememangnya, tidak ada istilah makanan baik atau buruk. Bagaimanapun, mengambil lima bahagian buah-buahan dan sayur-sayuran serta mengurangkan lemak haiwan, merupakan satu tabiat makanan yang baik yang boleh difikirkan oleh sesiapa saja.
Pakar dari Pusat Penyelidikan Makanan dan Kanser Perancis, NACRe, menyebut bahawa diet yang melebihkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan tidak terlalu banyak alkohol akan membantu mengelakkan kanser pada mulut, saluran pernafasan, paru-paru, perut, pankreas, usus dan pundi kencing.
Selepas mengumpulkan lebih 7,000 kajian dari seluruh dunia, Dana Penyelidikan Kanser Dunia (WCRF) menyarankan masyarakat mengurangkan pengambilan makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula, garam dan lemak, serta mengelakkan makanan yang rendah serat. Sebaliknya, makan buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin dan sebagainya..
Corak pemakanan yang baik juga kunci kepada rawatan terhadap pesakit HIV positif memandangkan kekurangan khasiat makanan melemahkan sistem kekebalan tubuh dan mengurangkan ketahanan badan.
Bagaimanapun, makanan yang baik tidak boleh menggantikan anti-retroviral yang perlu diambil oleh pesakit AIDS walaupun terdapat dakwaan oleh Menteri Kesihatan Afrika Selatan, bahawa bawang putih, lemon dan sayur-sayuran dapat memerangi penyakit yang membawa maut itu.

Friday, September 19, 2008

Apa itu Habbatus Sauda’ ?


habbatussauda1


Habbatus Sauda’ / Black Seed / Black Cumin, Habbah Barakah

Nama biologinya adalah Nigella Sativa. Di Eropah ia dikenali sebagai “black seed” atau “black cumin”. Di Malaysia dan Indonesia pula, ia dikenali sebagai “jintan hitam”. Manakala di Mesir, ia lebih dikenali sebagai “Habbah Barakah”(kerana keupayaannya mengubati berbagai jenis penyakit, Barakah di dalam bahasa melayu bermaksud rahmat). Ramai yang mengatakan Habbatus Sauda’ adalah penawar bagi segala penyakit di mana ia boleh merawat lebih daripada 50 jenis penyakit. Ia juga telah digunakan secara meluas sebagai ubat untuk merawat berbagai jenis penyakit semenjak 2000 tahun yang lalu.

Benarkah Habbatus Sauda’ merupakan penawar bagi segala jenis penyakit?

Terdapat banyak kajian perubatan lama dan moden telah dibuat untuk mencari sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah), menyebut bahawa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi kesan sampingan.

The Journal of American Scientist melaporkan Habbatus Sauda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati Habbatus Sauda' atau Black Seed mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa Habbatus Sauda' berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

Seterusnya, terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan Habbatus Sauda’ antaranya adalah:-

Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda' kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” Hadith Riwayat Bukhari.

“Sesungguhnya, Habbatus Sauda’ dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab: ‘As-sam iaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada Habbah Sauda' terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.”

Benarkah Habbatus Sauda’ penawar bagi segala penyakit?


Melalui pengalaman para pengguna yang menggunakan Habbatus Sauda' sebagai makanan tambahan secara tetap, mereka mendapati Habbatus Sauda' dapat mengubati bermacam-macam penyakit antaranya :-
• anticancer (pencegah kanser yang berkesan)
• antihistamine (pencegah alahan)
• antioxidant (pencegah kerosakan sel)
• antibiotic (pembunuh kuman)
• antimycotic (antikult)
• bancho-dilating effect (pengembang saluran pernafasan)
• masalah buah pinggang - batu karang, bengkak buah pinggang
• memperlancarkan keluarnya kencing
• memperlancarkan darah haid
• melancarkan pengeluaran susu ibu.
• masalah angin ahmar - merawat penyakit stroke / lumpuh sebelah badan
• mengeluarkan angin dari perut
• menambahkan ghairah seks
• masalah seksual - mati pucuk, kurang ransangan seks
• masalah dalaman wanita - fibroid, menopause, keputihan, jangkitan kulat
• masalah penafasan - asma, batuk berkahak, bronchitis
• masalah peredaran darah - anemia, darah tinggi / rendah
• masalah mental - meningkatkan kecergasan minda
• masalah tulang / sendi - gaout, arthritis dan reumatima
• kencing manis, alergi, migrain dan lain-lain

Rasulullah S.A.W telah mengesahkan kehebatan dan keajaiban Habbatus Sauda' dan menyarankan kita menggunakan habbatus sauda' untuk merawat bermacam-macam jenis penyakit. Pembongkaran yang dilakukan oleh ahli ilmuan dan ahli perubatan juga mengesahkan keajaiban dan kebaikan Habbatus Sauda'.

Oleh itu, tidak perlu untuk kita mempertikaikan lagi tentang kebenaran dan kesahihan bahawa Habbatus Sauda' adalah penawar segala penyakit.

Kajian pakar perubatan tentang Habbatus Sauda’


Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda “Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda. Sesungguhnya padanya terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali mati”.

Habbatus Sauda’ digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina di dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan Habbatus Sauda’ merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Ibnu Qayyim di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan Habbatus Sauda’ berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitits, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid yang lain, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebagainya.

Dr Ahmad Elkadi pula membuat kajian dan mendapati Habbatus Sauda’ mempertingkatkan daya tahan sakit (immune system).

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.

7 nilai pemakanan Black Seed / Habbatus Sauda’

habbatussauda3


1. Nilai pemakanan
Black Seed kaya dengan :
• monosaccharide glukosa, xylosa dsb.
• polysaccharide
• fatty acid yang tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, oleh itu sumber utamanya ialah dari pemakanan
• amino acid yang membentuk protein
• karotene iaitu sumber vitamin A
• kalsium, zat besi, dsb.

2. Sistem imunisasi
Kajian yang dilakukan di Arab Saudi mendapati, Black Seed berupaya meningkatkan sistem imunisasi anda (daya melawan penyakit). Oleh itu ia mungkin penting dalam pengawalan kanser, AIDS dan penyakit-penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine
Histamine ialah bahan yang dikeluarkan oleh sel-sel mast di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Black Seed mengandungi bahan yang menghalang protein kinase C, sejenis bahan yang mencetus penghasilan histamine. Oleh kerana penghidap penyakit asma selalunya mengalami masalah alahan, habbatus sauda mungkin baik diambil secara berterusan oleh pesakit-pesakit ini.

4. Anti-tumor
Kajian in vitro mendapati Black Seed berupaya menghalang pembentukan sel-sel tumor. Oleh itu, ia baik untuk digunakan untuk membantu menghalang penyakit kanser.

5. Anti-bakteria
Penyelidikan ke atas bahan ini mendapati Black Seed mempunyai aktiviti anti-bakteria. Black Seed didapati berupaya mengawal bakteria seperti E.coli, V.cholera dan spesies Shigella. Ini bermakna habbatus sauda baik untuk mereka yang menghidapi beberapa jenis penyakit seperti cirit-birit dan masalah-masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)
Black Seed didapati boleh mengurangkan radang (bengkak). Oleh itu ia baik untuk pesakit asma (mengurangkan radang dalam paru-paru), eczema (alahan yang menyebabkan gatal, kulit merah dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu
Kombinasi lemak dan hormon yang didapati di dalam Black Seed menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Produk Terbaik Habbatus Sauda’ Dari Timur Tengah

kapsul barakah habbatussauda’

Tahukah anda kelebihan herba habbatus sauda?Terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan habbatus sauda antaranya adalah:-

Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” HR Bukhari.

“Sesungguhnya, Habbatus Sauda dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab: ‘As-sam iaitu maut !” (Riwayat Bukhari )
“Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada Habbah Sauda terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.”

Kisah Rasulullah S.A.W dan Habbatus Sauda’


Al Bukhary meriwayatkan dari Aisyah r.anha bahawa dia pernah mendengar Rasulullah saw bersabda : “ Sesungguhnya di dalam Habbatus sauda’ terkandung kesembuhan untuk segala penyakit, kecuali as sam. Aku bertanya, “Apakah as sam itu?” Beliau menjawab, “Maut”Dalam riwayat Muslim disebutkan : “Tidak ada satupun penyakit melainkan di dalam habbatus sauda’ terdapat kesembuhan baginya, kecuali kematian.”

Habatus sauda' adalah biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat India dan Timur Tengah untuk mengubati berbagai macam penyakit. Nigella Sativa Semen adalah biji dari Nigella Sativa yang dapat memproses dengan sendirinya, di mana biji-biji tersebut sebelumnya berwarna putih kemudian setelah matang akan berwarna hitam (Nigella).

Habbatus sauda' mula dijumpa di makam Tutan- khamen di Yunani Kuno dimana pada saat itu raja-raja dikubur bersama-sama dengan Nigella untuk membantu diakhir hidupnya. Biji habbatus sauda' mengandungi 40% minyak constan dan 1,4% minyak aviari, juga mengandung 15 amino acid, protein, calsium, zat besi, sodium dan pottasium. Sedangkan komposisi paling penting adalah: Thymoquinone (TQ), Dithymo- ouinone (DTQ), Thymohydro- quinone (THQ) dan Thymol (THY). Kalangan ahli perubatan menolak keras dengan adanya sebuah herba yangboleh menyembuhkan penyakit. Tetapi, ketika ilmuwan muslim melakukan ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka baru mengakui akan kebenarannya tersebut.

Bagaimana Habbatus Sauda’ membantu menyembuh penyakit

Imuniti (Imiun)adalah kemampuan tubuh untuk menciptakan kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Imuniti ini terbentuk dari jaringan limpa dan sel-sel limpa yang menghasilkan antibodi yang berfungsi menghancurkan mikro yang menyerang tubuh yang disesuaikan dengan susunan dan sifatnya. Pada tahun 1986, Dr. Ahmad Al Qadhy dan rakan-rakannya melakukan penelitian di Amerika tentang pengaruh habbatus sauda' terhadap sistem kekebalan tubuh (imuniti) manusia. Penelitian yang dilakukan dalam dua tahap itu menghasilkan kesimpulan pertama: Kelebihan prosentase The Helper T-Cell atas suppresor cells ts mencapai 55% dan ada sedikit kelebihan atas killer cell orcytoxic sebanyak 30%.
Penelitian tahap kedua dengan melibatkan 18 sukarelawan yang badan mereka sihat dan segar. Mereka dibahagikan dalam dua kelompok, satu kelompok diberi satu gram habatus sauda' setiap hari dan kelompok lain diberi karbon. Selama empat hari mereka mengamalkan habbatus sauda' dan karbon yang sudah di masukkan dalam butir-butir kapsul.

Hasilnya, habbatus sauda' menguatkan tugas-tugas imuniti dengan tambahan prosentase The Helper T-lymphocytes cell atas supressor cell-ts. Jadi, sistem kerja habbatus sauda' dalam tubuh manusia adalah dengan memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit.

Dalam sistem perkumuhan tubuh manusia, habbatus sauda' adalah satu-satunya ubat yang memiliki senjata khusus untuk menghancurkan segala macam penyakit. Antara sebabnya ialah setelah sel paghocytosis menelan kuman-kuman yang menyerang, ia membawa bakteri antigenic ke permukaannya, kemudian menempel dengan sel lymph, untuk mengetahui bagaimana susunan mikro secara detil, lalu memerintahkan masing-masing sel T-lymphocytes untuk memproses antibodi atau sel T-spesific, khususnya adalah antigenic yang juga dibolehkan untuk berproses.

Dinding sel B-Lymphocytes memiliki kurang lebih 100 ribu molekul dari antibodi yang saling berinteraksi secara khusus dan dengan kemampuan yang tinggi dengan jenis khusus yang ditimbulkan oleh antigenic dalam mikroba. Antibodi yang bersatu dengan sel T- Lymhocytes, lalu bersama-sama dengan antigenic melawan mikroba, sehingga mikroba tidak dapat berkerja dan sekaligus dapat menghancurkan mikroba.

Dengan demikian, kekebalan itu merupakan kekebalan khusus untuk menghadapi setiap benda asing yang masuk ke dalam tubuh. Habbatus sauda' mempunyai kekebalan spesifik yang didapat secara otomatis, yang memiliki kemampuan berbentuk antibodies dan senjata sel serta pengurai khusus untuk setiap benda asing yang masuk dan menyebabkan penyakit.

Menurut Dr. Al Qadhy, habbatus sauda' juga mempunyai kemampuan lain, seperti untuk melawan bermacam-macam virus, kuman dan bakteri yang masuk ke dalam tubuh manusia.

“Oleh itu, kami dapat menetapkan bahawa di dalam habbatus sauda' terdapat kesembuhan untuk segala macam penyakit. Peranannya yang menguatkan dan memperbaiki sistem kekebalan tubuh, suatu sistem yang di dalamnya ada kesembuhan dari segala macam penyakit, yang berinteraksi terhadap segala sebab yang menimbulkan penyakit, yang memiliki kemampuan awal untuk memberikan kesembuhan secara sempurna atau sebahagian di antaranya untuk menyembuhkan segala penyakit,” ungkap Al Qadhy.

“Kata Syifa’ dalam bentuk indefinitif di pelbagai hadis juga menguatkan hasil kesimpulan ini, yang tingkat kesembuhannya berbeza-beza, tergantung pada kondisi dalam sistem kekebalan tubuh manusia itu sendiri ataupun jenis penyakit.Dengan bentuk umum lafaz dalam hadis, dapat ditafsiri sebagai suatu kesesuaian dengan pelbagai pendapat di atas, yang disampaikan oleh para pensyarah hadis,” imbuhnya.

Suruhan Islam dalam mengubati penyakit

Agama Islam adalah agama yang sempurna. Maka,mengapa kita mencari sendiri perubatan di luar Islam. Selama ini kita hanya mengenal Agama Islam ini hanya menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan penyakit batiniyah sahaja. Kalau demikian, maka Islam dikatakan sebagai agama yang tidak sempurna. Daripada kesimpulan di atas terbukti bahawa di dalam mengubati penyakit pun kita didorong untuk tetap mengubati dengan cara yang Islam. InsyaAllah, ubat dan terapi yang ditawarkan Nabi Muhammad saw ini bukanlah terapi yang biasa sahaja. Kalau hanya sekadar sahaja tentu Rasulullah saw tidak akan menyebutnya secara khusus tentang perubatan dalam Islam.