Friday, September 19, 2008

Apa itu Habbatus Sauda’ ?


habbatussauda1


Habbatus Sauda’ / Black Seed / Black Cumin, Habbah Barakah

Nama biologinya adalah Nigella Sativa. Di Eropah ia dikenali sebagai “black seed” atau “black cumin”. Di Malaysia dan Indonesia pula, ia dikenali sebagai “jintan hitam”. Manakala di Mesir, ia lebih dikenali sebagai “Habbah Barakah”(kerana keupayaannya mengubati berbagai jenis penyakit, Barakah di dalam bahasa melayu bermaksud rahmat). Ramai yang mengatakan Habbatus Sauda’ adalah penawar bagi segala penyakit di mana ia boleh merawat lebih daripada 50 jenis penyakit. Ia juga telah digunakan secara meluas sebagai ubat untuk merawat berbagai jenis penyakit semenjak 2000 tahun yang lalu.

Benarkah Habbatus Sauda’ merupakan penawar bagi segala jenis penyakit?

Terdapat banyak kajian perubatan lama dan moden telah dibuat untuk mencari sejauh mana kebenaran kenyataan ini. Di dalam Kitab At Tibbun Nabawi (Pengubatan Cara Nabi yang ditulis oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyah), menyebut bahawa Habbatus Sauda' dapat mengubati 50 jenis penyakit tanpa memberi kesan sampingan.

The Journal of American Scientist melaporkan Habbatus Sauda' bermanfaat untuk banyak penyakit kerana ia mengandungi antihistamine (pencegah alahan), antioxidant (pencegah kerosakan sel), antibiotic (pembunuh kuman), antimycotic (antikult) dan bancho-dilating effect (pengembang) saluran pernafasan.

Dr. Micheal Tierra, penulis buku “Planetary Herbalogy” mendapati Habbatus Sauda' atau Black Seed mengandungi betasitosterol iaitu bahan untuk anti kanser yang berkesan.

Kamus kedoktoran “Larousse” menjelaskan bahawa Habbatus Sauda' berfungsi untuk mengeluarkan angin dari perut, menambahkan ghairah seks, dan melancarkan darah haid.

Seterusnya, terdapat sebanyak 14 hadis sahih yang menceritakan kehebatan dan kelebihan Habbatus Sauda’ antaranya adalah:-

Dari kitab As Shahihain dari Abu Salamah RA dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “gunakan Habbah Sauda' kerana di dalamnya terdapat ubat dari segala macam jenis penyakit kecuali As sam (maut)” Hadith Riwayat Bukhari.

“Sesungguhnya, Habbatus Sauda’ dapat menyembuhkan segala macam penyakit, kecuali As-sam. “Saya bertanya: “Apakah as-sam itu ?” Baginda menjawab: ‘As-sam iaitu maut !” ( Riwayat Bukhari )

“Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah S.A.W telah bersabda : ‘Pada Habbah Sauda' terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.”

No comments: